Dinardaneal's Blog

18/02/2010

Sistem kewangan islam – tiada riba

Filed under: Uncategorized — dinardaneal @ 1:34 am

Assalamualaikum w.b.t

Mari kita mencari ilmu bersama Master PokLi
Sistem kewangan islam – tiada riba…..pokli mendapat panggilan semalam dari agen pokli di bangi yang memberitahu kalau semua orang……menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang…sure sistem Riba boleh di hapuskan…….agen pokli pun tahu melalui pembeli-pembeli emas yang bagi tahu……wahh….rupa-rupanya…pembeli emas lagi bijak dari penjual emas…pembeli dan penyimpan emas ini adalah orang yang BERILMU dan BERPENDIDIKAN tinggi…..mereka bukan saja-saja memiliki dinar untuk simpanan …malah mempunyai tujuan yang murni untuk memartabatkan Sistem Kewangan Islam………bagaimana dinar berfungsi ni yer?

Sebagai contoh….katanya…..Ahmad Nabil(bukan nama sebenar) meminjam Wang dari Saudara Ridzuan(Nama Sebenar….kekekeke)……..sebanyak 10 Dinar……tapi Ahmad Nabil membayar secara berjadual sebanyak 1 Dinar 1 Bulan kepada Saudara Ridzuan……..adakah Ahmad Nabil akan terlibat dengan RIBA???? jawapannya adalah TIDAK….sebab apa?……sebab bila Ahmad Nabil Pinjam 10 Dinar….tetap bayar 10 dinar jugak…walaupun Jangka masa yang 10 bulan purnama….dalam konteks ini tiada pihak yang akan teraniaya…..sebab pinjaman di ganti dengan pinjaman tanpa ada apa-apa IMBUHAN….atau CAJ…..
wow…hebat sungguh sistem ini……..sebab tu ALLAH taala MAHA Mengetahui dan Maha Bijaksana….

Kalau Sistem Kewangan Islam ini di laksanakan di Malaysia camna???
yela katakan saya membeli sebijik kereta Proton Saga BLM….warna putih…keluaran tempatan dengan harga Dinar……contohnya harga sekarang adalah RM40 ribu….bersamaan dengan 73 Dinar…….so pembeli telah membuat AKAD dan bersetuju membayar balik kepada Peminjam sebanyak 1 Dinar 1 Bulan selama 73 bulan purnama…..:) adakah ke dua-dua pihak ada yang teraniaya?semestinya tidak….bagaimana kalau dlm masa 1 tahun harga dinar naik???? itulah keuntungan yang diterima oleh BANK PEMBERI hutang….

so cuba kita lihat senario yang diceritakan di atas? tiada sesiapa yang akan teraniaya……kan??? walaupun Ahmad Nabil membayar hutangnya kepada Ridzuan dalam tempoh 10 bulan…..1 Dinar 1 bulan….mereka happy……Ridzuan happy sebab Dinar emas yang di pinjam naik harga…….Ahmad Nabil membayar tanpa ada RIBA? wow…sungguh hebat Sistem Kewangan Islam ini……sebab tu la di Akhir Zaman manusia akan kembali kepada Sistem Kewangan Islam dan salah satu tanda-tanda Hari Kiamat adalah Ramai orang Islam akan Kaya dan mula menggunakan Emas dan Perak sebagai jual beli…..

Oleh itu……kalau kita mulakan menyimpan dinar untuk diri sendiri dahulu ……dan untuk simpanan keluarga….alangkah lebih bagus dan aman dunia ini…..kita pun tak terlibat dengan RIBA……apabila pokli terlibat dengan Emas & Perak ini….barulah Faham dan Mengerti apa maksud yang tersirat yang cuba di sampaikan oleh ALLAH s.w.t……..kenapa orang yang memiliki EMAS dan PERAK kena bayar Zakat???? Kenapa orang Perniagaan, Pertanian, Penternakan di kehendaki membayar zakat……….cuba anda pikir dan tanya pakar-pakar Agama kenapa Allah mensyariatkan kita menunaikan zakat dan menyucikan Harta kita ? walaupun kita membayar zakat…tetap kita Makin Kaya??? Tepuk Dada Tanya Iman……

Sekian,

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: