Dinardaneal's Blog

17/06/2010

Terdapat Emas dan Perak Dalam Al Quran

Filed under: Uncategorized — dinardaneal @ 10:20 pm

ARTICAL DARI :http://www.d-nar.com/

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat sahabat sekalian..
Alhadulillah, syukur kita diberikan kesempatan untuk bertemu pada kali ini.
Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sentiasa dirahmati-Nya.

Pada kali ini, saya nak ajak sahabat-sahabat menerokai emas di dalam Al-Quran. Ada ke emas dan perak dalam Al-Quran? Kalau emas perak seketul tu memanglah tiada, tapi perkataan emas dan perak memang ada di dalam Al-Quran. Itulah kelebihan Al-Quran, mukjizat Rasulullah paling utama buat umat Islam. Sungguh lengkap A-Z, keimanan, ibadat, akhlak, muamalat (ekonomi), munakahat (rumah tangga) dan jinayat ( jenayah ), politik, sosial, geografi, sains, matematik, bahasa, sastera dan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah ada dan juga ilmu-ilmu yang belum ada lagi!!.

Saya telah membuat kajian berkaitan ini dengan melihat kepada kitab Al-Mu’jamul Mufahras li Alfazil Qur’ anil Karim ( Kamus Lafaz-lafaz Al-Quran ) dan juga.beberapa laman web. Dan hasil daripada kajian saya ini ( macam professor la pulak ), saya mendapati bahawa di dalam Al-Quran cuma ada 8 sahaja perkataan emas dan 6 perkataan perak.

Mungkin ada sahabat-sahabat pernah melihat ada lebih daripada itu. Bagi saya semua itu betul. Cuma di sini saya nak tunjukkan bilangan perkataan emas dan perak itu sendiri dan ia tidak termasuk tafsiran.yang mempunyai perkataan emas dan perak.

Baiklah, perkataan emas dalam bahasa Arab dinamakan dzahab manakala perak pula ialah fidhah. Di dalam Al-Quran, dzahab disebut sebanyak 8 kali sahaja dan fidhah sebanyak 6 kali. Kalau ada lebih daripada itu, mari kita sama-sama berbincang dengan niat yang positif. Tentu ada sahabat yang lebih mendalam ilmunya daripada saya. Saya pun bukannya ahli dalam bidang ini.

Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan dzahab (emas) :-

1. Ali Imran ayat 14
2. Ali Imran ayat 91
3. At-Taubah ayat 34
4. Al-Kahfi ayat 31
5. Al-Hajj ayat 23
6. Al-Faatir ayat 33
7. Az-Zukhruf ayat 53
8. Az-Zukhruf ayat 71

Untuk secara detail sila klik di sini

Dan berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan fidhah(perak) :-

1. Ali Imran ayat 14
2. At-Taubah ayat 34
3. Az-Zukhruf ayat 33
4. Al-Insaan ayat 15
5. Al-Insaan ayat 16
6. Al-Insaan ayat 21

Untuk secara detail sila klik di sini

Kesimpulan

Bagi saya, apa yang perlu diutamakan dan diberi perhatian adalah intipati daripada ayat-ayat tersebut, hukum-hakam berkaitan emas dan perak seperti jual belinya perlu tunai tidak boleh berhutang (riba), serahannya perlu tunai, tidak boleh diposkan dan sebagainya.

Sebagai umat Islam, kita perlulah mendahulukan hukum Syariah dalam segala perbuatan kita, kehidupan kita, perniagaan kita dan sebagainya. Oleh itu, sebelum kita melakukan sesuatu, pastikan betul-betul bahawa tindakan atau perbuatan kita itu dibenarkan oleh Syara’. Caranya bukannya sukar iaitu carilah alim ulama disekitar kita dan tanyakan mereka tentang sesuatu hukum yang berkaitan. Sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi setelah ketiadaan Rasulullah yang amat kita sayangi….

WAllahu a’lam bissowab..
Posted by http://www.d-nar.com

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: