Dinardaneal's Blog

08/12/2010

Simpanlah Emas 85g dan Perak 595g

Filed under: Uncategorized — dinardaneal @ 6:24 pm

Tukarlah  wang kepada dinar dan dirham

Mulailah simpan emas dan dirham


Mengapa anda perlu membeli emas (85gram) dan perak (595gram) kemudian menyimpannya…???
Mmmmm………persoalan yang mungkin kita sendiri tidak sedari mengapa had minima dikeluarkan zakat…. Padahal ia amat baik untuk kita sebagai seorang Islam yang berpegang kepada ajaran al – Quran dan As- Sunnah. Ini kerana …..apabila kita menyimpan dalam bentuk wang kertas…..ia akan menyebabkan nilai dia susut saban tahun….dan seterusnya kita menjadi hamba moden zaman kini apabila nilai wang kertas kita dirompak setiap hari…

Rompak ??? hehehe….. tu lah……korang tentu marah kan..? apabila korang penat bekerja setiap hari…. pastu dapat bonus setiap tahun….. tetiba duit korang kena rompak…..tak percaya ke ..????? baru – baru ini minyak dah naik, gula dah naik, gas memasak dah naik….alasan subsidi…tetapi bukan itu sebenarnya…. Tetapi nilai wang kertas kita tiada nilai setiap tahun….Tak percaya ….? sila layari:http://ujangjolobu.blogspot.com/

sumber info nisab Pusat Zakat N. Sembilan

Kalo korang simpan duit kertas tahun 2003 sebanyak RM 3ribu, korang tahun tersebut kena zakat wang simpanan sebanyak RM 3 ribu x 2.5% = RM 75.00 sahaja, sebab tahun tersebut duit korang RM 3 ribu dah melebihi nisab RM 2,875.87…. Tapi….la ni tahun 2010 korang simpan duit kat bank RM 3ribu dah tak kono zakat wang simpanan sbb nilaian nisab bersandarkan harga emas 85gram dah RM 9,350.00……..maka ade seorang makcik pun kata “Alhamdulillah……..sib baik tak kena zakat…..ish…ish….kenapa macam tu ekkk ???? …mmmm…musykil gak aku ada org jenis macam ni…..hehehe…semoga Allah memberi hidayah kpd nya…amin… Jadi setiap tahun kalo orang Islam simpan wang kertas dalam bank @ institusi kewangan akan tidak dikenakan zakat, sebab jadual atas telah menerangkan…dan maybe tahun 2020, nisab zakat harta RM 30,000.00…maka makin kuranglah orang Islam mengeluarkan zakat harta..Bukan sahaja zakat simpanan sahaja, tetapi mungkin pendapatan, saham, dan perniagaan.

Tetapi sekiranya korang tahun 2003, membeli emas 85g dengan anggaran harga nisab RM 2,875.87 pada tahun tersebut dan membayar zakat emas sebanyak RM 71.89, anda konsisten setiap tahun menunaikan zakat emas malah bayaran zakat emas anda tunaikan setiap tahun meningkat dari setahun ke setahun berdasarkan kenaikan harga emas setiap tahun naik dalam purata setahun 25%. Kena zakat 2.5% aje je…ade untung lagi lah……..

tapi aku pelik…orang sanggup simpan kat tabung haji sebab nak pergi haji….diorang kata nak tunaikan rukun Islam kelima…..Jadi…??? zakat ini rukun Islam yang keberapa ekkk..???? anda sendiri tahu jawapannya kan… kalo dulu nak pergi haji RM 8 Ribu….sekarang RM 10 ribu …akan datang ni …aku dengar nak naik lagi ni……maybe RM 12ribu kot…

Sedarkah anda, dengan menyimpan wang kertas kat bank @ institusi kewangan (ASB,TH)…., tiap – tiap tahun dimamah inflasi (kenaikan harga barang dsb)….tapi kalo korang terbalikkan jadual kat atas dengan membeli dan menyimpan dalam bentuk emas 85gram tahun 2003, pada mase tersebut dengan nilaian dia RM 2,875.87, maka tahun ini 2010, nilai dia dah jadi RM 9,350.00. Kenaikan sebanyak RM 6,474.13 atau peratus kenaikan sebanyak 225.11% selama 8 tahun, atau secara purata kenaikan dia 28.13%……Wow……banyak naik tu…hehehe kalah simpanan ASB dan Tabung Haji… jadi nampak tak..????

Sehubungan dengan itu, aku mohon kepada kekawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog aku ini, marilah kita membeli dan meyimpan emas sebanyak 85gram* serta membeli dan menyimpan silver 595gram* (* tapi kalo lebih 85g @ 595g….. bagus jugak…sebab dapat tunaikan zakat emas dan perak lebih…). Sebab…??? Harga emas dan silver ini murah lagi pada tahun ini, berbanding tahun depan dan 2 tahun lagi… Tak percaya lagi…..??? terpulang lah ….jadual di atas mengambarkan kenaikan harga emas, anda ada mata, lihat dengan mata hati…..dan ada otak fahami dan fikirkan maksud tersurat dari kandungan Quran dan Sunnah…….

Alhamdulillah …aku dah bayar zakat emas..ni nak tunggu bayar zakat perak pulak…

Selain kita kaya di dunia dengan aset emas dan silver yang kita ada….secara tak langsung kita sebenarnya dapat membantu insan – insan yang memerlukan dengan berzakat emas dan perak yang kita tunaikan… seterusnya menambah saham akhirat kita kelak nanti dan Allah SWT akan memberi ganjaran di dunia sepertimana firman yang telah dinyatakan atas tadi tanpa kita sedari….

Idea penciptaan wang kertas ini adalah dari yahudi yang mana dengan menyimpan wang kertas selamanya akan anda tidak dikenakan zakat wang simpanan, malah lebih teruk lagi anda mungkin pada masa hadapan tidak dapat tunaikan haji akibat kenaikan kos menunaikan haji saban tahun…

Semoga dapat ilmu bermanfaat dan terus amalkan……

Salam Maal Hijrah……Berubahlah dari menyimpan wang kertas….kepada menyimpan emas dan perak…sebelum terlambat….

Arikel:http://ujangjolobu.blogspot.com/

Berminat membeli emas hubungi Dinardaneal n Geng PublicGold

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: